fbpx
Hael memilih untuk tidak memberi komen lanjut berhubung desas-desus sudah bernikah dengan Dayang Nurfaizah.

‘Saya mohon maaf’ – Hael enggan komen isu dah nikahi Dayang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Terus diasak dengan desas-desus perkahwinan dengan Dayang Nurfaizah, penyanyi Hael Husaini memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan terbabit.

Hael atau nama sebenarnya Hal Husaini Razmi, 39, hanya mahu berkongsi mengenai perniagaan tanpa menyentuh soal peribadi buat masa sekarang.

“Hari ini saya dah berjanji dengan Datuk Nana, hanya akan fokus fasal perniagaan saja.

“Sekali lagi saya mohon maaf,” katanya kepada Kosmo! Online pada Majlis Pertunjukkan Fesyen Amber Eid’S Times For Love di sini, semalam.

Sebelum ini, timbul spekulasi berkaitan Hael dan Dayang yang dikatakan sudah melangsungkan perkahwinan.

Malah, spekulasi mengenai pertunangan juga timbul namun Dayang memilih untuk tidak mengulas dakwaan terbabit.

Pemilik nama lengkap Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 45, turut menafikan wujud sebarang tarikh istimewa yang ditetapkan berkaitan majlis perkahwinan seperti yang didakwa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN