fbpx
GAMBAR disiarkan semalam oleh Tentera Laut Perancis menunjukkan bungkusan-bungkusan kokain yang dirampas berdekatan Polinesia Perancis. – AFP 

Tentera Perancis rampas lebih 4 tan kokain, bebaskan kru kapal 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIS – Tentera laut Perancis merampas 4.25 tan kokain dari sebuah kapal di Laut Pasifik Selatan, kata beberapa pegawai semalam.

Kapal dari Amerika Tengah dan dipercayai menuju ke Afrika Selatan itu dipintas di wilayah Polinesia Perancis, kata Suruhanjaya Tinggi Perancis di wilayah pulau tersebut.

Kargonya  dimusnahkan di laut, jauh dari zon ekonomi Polinesia dan kawasan perlindungan marin, kata seorang pegawai kepada AFP.

Pejabat pendakwa raya tidak mengenakan pertuduhan untuk tidak membebankan mahkamah tempatan dengan kes pengedaran dadah yang mana Polinesia Perancis bukan destinasinya.

Suruhanjaya tinggi sama berkata, kapal itu dan krunya pula dibebaskan di bawah undang-undang antarabangsa.

Pada bulan lepas, Tentera Laut Perancis merampas hampir lima tan kokain, dipercayai menuju ke Australia, dari sebuah kapal nelayan, juga dekat  Polinesia Perancis.

Sejumlah besar dadah diangkut dari Amerika Utara dan Selatan untuk pasaran Australia dan New Zealand, demikian menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dengan Polinesia Perancis terletak di laluan maritim tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI