fbpx
Gambar hiasan. Kredit foto FACEBOOK FELDA SUNGAI MAS OFFICIAL

Felda Sungai Mas diserang tibi, 33 kes dikesan, 804 kontak rapat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mengesahkan laporan satu kluster Tuberkulosis (tibi) di daerah ini yang sedang tular melibatkan kawasan Felda Sungai Mas, di sini.

JKNJ dalam kenyataannya memaklumkan, Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi telah mengesahkan wabak tibi di sebuah lokaliti di daerah Kota Tinggi pada 25 Januari lalu.

Katanya, sehingga 4 Februari ini, sebanyak 33 kes dikesan melalui aktiviti pengesanan kes secara aktif kepada 804 orang kontak rapat.

“Kesemua pesakit telah menerima rawatan dan kini sedang menjalani pemantauan rapi di fasiliti kesihatan yang berdekatan.

“Terdapat satu kematian dilaporkan, melibatkan salah seorang pesakit tersebut. Walaubagaimanapun, kematian ini disahkan bukan disebabkan oleh penyakit tibi yang dihidapi,” katanya.

Jelasnya, penyakit tibi turut dikenali sebagai batuk kering merupakan penyakit berjangkit yang berpunca daripada ‘mycobacterium tuberculosis’ yang merebak melalui udara kepada kontak rapat yang berdekatan.

Menurutnya, gejala penyakit tibi ini termasuklah batuk berpanjangan, hilang berat badan yang ketara, hilang selera makan, berpeluh pada waktu malam, dan batuk berdarah.

“Penyakit tibi boleh dicegah dan sembuh sepenuhnya melalui rawatan yang efektif dengan tempoh rawatan minima selama enam bulan.

“Justeru, JKNJ menasihatkan penduduk yang tinggal di kawasan terlibat dan sekitarnya, khususnya mereka yang mengalami gejala batuk berpanjangan atau mempunyai sejarah kontak dengan pesakit tibi, supaya segera menjalani saringan kesihatan di fasiliti kesihatan berhampiran bagi membendung penularan penyakit ini,” katanya lagi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN