fbpx
Tangkap layar video menunjukkan timbunan wang kertas yang telah dipotong. - TikTok

Cebisan wang menimbun di tempat pelupusan sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Penduduk sebuah perkampungan di Bekasi, wilayah Jawa Barat terkejut apabila menemukan sejumlah wang kertas yang telah dipotong di tempat pelupusan sampah haram, lapor portal berita Lambe Turah. 

Kejadian berlaku di Kampung Taman Rahayu baru-baru ini. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @voxnetizens menunjukkan timbunan cebisan wang kertas yang bertaburan dan bercampur dengan sampah. 

Beberapa guni yang diletakkan mengelilingi timbunan sampah itu berisi cebisan serupa dan bernominasi 50,000 rupiah (RM12) serta 100,000 rupiah (RM23). 

Warga setempat mengesyaki duit itu dipotong dan dibuang oleh bank atau institusi kewangan kerana tidak boleh digunakan. 

Jurucakap Agensi Alam Sekitar Bekasi (DLH), Dedi Kurniawan berkata, wang tersebut adalah tulen. 

“Kami sedang bekerjasama dengan Kementerian Alam Sekitar untuk mengenal pasti asal usul wang tersebut,” kata Dedi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN