SELALUNYA penonton sering dilambakkan dengan cerita tentang kepolisan dan ketenteraan, namun filem Taskaree membawa penonton memasuki dunia pegawai kastam di lapangan terbang.
Taskaree mengisahkan kehidupan pegawai kastam, Arjun lakonan Emraan Hashmi dalam misi menumpaskan sindiket penyeludupan. Mengangkat cabaran kerja pasukan kastam, Taskaree kini tersenarai dalam carta popular Netflix. Selain Arjun, naskhah arahan Neeraj Pandey, Raghav M Jairat dan B. A. Fida tersebut turut dibintangi Zoya Afroz dan Anurag Sinha, Nandish Singh Sandhu.














