fbpx
Edde Firdaus menunjukkan tapak rumahnya yang kini menjadi lautan di Pekan baru-baru ini.

Geran laut juga perlu bayar cukai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PEKAN – Pemilik tanah yang te­lah menjadi lautan akibat ha­kisan pantai di negeri ini masih perlu membayar cukai tanah selagi gerannya tidak diserahkan kepada kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Datuk Ir. Razali Kassim berkata, tanah berkenaan adalah hak individu.

“Individu berkenaan mempunyai hak ke atas kawasan di dalam geran berkenaan dan juga masih perlu membayar cukai tanah seperti sebelum ini,” katanya pada Majlis Perasmian Pusat Rawatan Perubatan Tradisional dan Komplementari Hospital Pekan di sini semalam.

Baru-baru ini Kosmo! me­laporkan, kesedihan dan kedukaan seorang pemilik chalet apabila tanah dan chaletnya di Pantai Tanjung Batu di Nenasi seluas kira-kira satu hektar bertukar menjadi lautan akibat ha­kisan yang teruk.

Edde Firdaus Abdul Aziz,46, dilaporkan berkata, dia membeli tanah seluas 1.4 hektar berharga RM350,000 sebelum memba­ngunkan Chalet Kekunang pada 2016.

Bagaimanapun lebih separuh atau satu hektar daripada tanah miliknya lenyap menjadi laut dan kini keluasannya tinggal kurang daripada 0.4 hektar.

Ir. Razalio berkata, kerajaan negeri memandang serius isu hakisan pantai di negeri ini dan sedang giat mengenal pasti jumlah daratan yang telah bertukar menjadi laut.

Katanya, kerajaan negeri juga telah memohon daripada kerajaan pusat untuk kerja-kerja mengawal hakisan pantai dan mendalamkan muara-muara sungai di negeri ini yang melibatkan kos yang besar.

“Sebenarnya sebelum ini kita sudah buat permohonan de­ngan Kerajaan Persekutuan untuk kawalan kawasan pantai dan juga mendalamkan muara-muara sungai daripada sempadan Pahang Terengganu sehinggalah ke Teluk Gading di sempadan Johor, lebih kurang RM1 bilion lebih kos.

“Minggu depan saya ada me­syuarat dengan JPS dan beberapa agensi untuk melihat data daripada tahun 1985 sehingga 2025, dalam tempoh 40 tahun ini berapa banyak sudah hilang daratan kita,” katanya.

Menurut Ir. Razali, pelbagai kaedah kejuruteraan boleh dilakukan berdasarkan kepada kesesuaian dalam menangani isu hakisan pantai yang dilihat semakin kritikal pada masa ini.

Bagaimanapun katanya, kos bagi pengawalan dan pemulihan hakisan adalah besar dengan anggaran lebih RM1 bilion melibatkan pantai-pantai terjejas di Pahang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN