PASIR PUTEH – Kebanyakan kedai emas di Kelantan jarang terbeli emas saduran atau palsu daripada pelanggan kerana pekerja dan pemilik premis menjalankan ujian ketulenan emas terhadap barangan kemas sebelum membuat sebarang pembayaran. Seorang tukang emas yang berpengalaman selama lebih 20 tahun, Zaaba Che Hamid, 50, berkata, sukar untuk kedai emas melakukan kesilapan dengan membeli emas palsu daripada pelanggan kerana pemeriksaan secara terperinci dijalankan sebelum urusan jual beli dilakukan. Menurutnya, jika ada kes-kes penipuan jualan emas palsu, ia merupakan kecuaian paling…














