fbpx
Faisal Halim meledak dua gol untuk bantu Selangor FC meraih tiga mata penting, hari ini. - Foto ihsan ASEAN United

ACC: Faisal buka peluang Selangor FC ke separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kapten Selangor FC, Faisal Halim muncul wira apabila meledak dua gol dalam tempoh sembilan minit untuk membantu pasukan menewaskan Cong An Hanoi FC dalam aksi Kumpulan A Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) di Stadium MBPJ, sebentar tadi.

Pada aksi tersebut, Faisal memastikan skuad Gergasi Merah meraih tiga mata berharga menerusi jaringan pada minit ke-60 dan ke-69 untuk melonjak pasukan ke tangga teratas Kumpulan A dengan lapan mata daripada empat perlawanan.

Lebih menarik, ia adalah kemenangan kelima berturut-turut pasukan Selangor FC dalam semua kejohanan sejak dikendalikan oleh jurulatih berpengaruh dari Korea Selatan, Kim Pan-gon.

Keputusan itu turut menutup peluang skuad Cong An Hanoi FC yang juga finalis ACC musim lalu selepas skuad kendalian Mano Polking itu kini menduduki tangga kelima dengan mengutip empat mata ketika saingan berbaki satu perlawanan.

Selangor FC dijadual menentang BG Pathum pada aksi terakhir peringkat kumpulan minggu depan selepas pasukan Thailand itu berjaya menewaskan Dynamic Cebu Herb 2-0 pada aksi hari ini.

Dalam satu lagi saingan Kumpulan A, juara musim lalu, Buriram United mempamerkan aksi dalam kelas tersendiri untuk menewaskan Tampines Rovers 4-1 di Singapura. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI