fbpx
Azizol (kiri) didenda RM4,000 selepas mengaku bersalah tiga pertuduhan menerima rasuah daripada suspek kes dadah di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

Koperal polis terima rasuah lindungi suspek dadah didenda RM4,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Padah menerima rasuah RM1,150 daripada seorang suspek kes dadah, seorang anggota polis berpangkat koperal didenda RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Mohd. Azhar Othman menjatuhkan hukuman berkenaan setelah tertuduh, Azizol Affendi Rusli, 36, membuat pengakuan bersalah terhadap tiga pertuduhan alternatif dikenakan terhadapnya.

Beliau memerintahkan Azizol didenda RM2,00 bagi pertuduhan pertama, manakala masing-masing RM1,000 bagi pertuduhan kedua dan ketiga.
Berdasarkan pertuduhan alternatif pertama, tertuduh didakwa menerima wang RM800 sebagai balasan tidak menahan seorang suspek kes narkotik menerusi pemindahan atas talian ke akaun bank milik isterinya pada 12 Disember 2023.

Dia turut didakwa menerima wang RM200 atas motif sama menerusi pemindahan atas talian ke akaun miliknya pada 17 Mac 2024.

Bagi pertuduhan ketiga pula, Azizol didakwa menerima wang RM150 sebagai dorongan membantu suspek daripada ditahan di bawah Langkah-Langkah Pencegahan Khas Akta Dadah Berbahaya 1985 pada 9 April 2024.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Rabiatul Addawiah Mohd Noorlee, manakala tertuduh pula tidak diwakili peguam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI