fbpx
Tangkap layar video pintu tandas dipercayai terbuka dan tertutup sendiri dikatakan gangguan makhluk halus.

[VIDEO] ‘Kita tak kacau you, you tolong jangan kacau’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebuah universiti swasta di ibu negara didakwa diganggu makhluk halus melibatkan tandas perempuan di tingkat tiga salah satu bangunan di institusi tersebut.

Video kejadian itu tular di media sosial yang mana ia memperlihatkan dua lelaki dipercayai kakitangan universiti berkenaan cuba berdepan dengan makhluk halus tersebut.

Pada video itu, salah seorang kakitangan itu dikatakan cuba menegur makhluk halus itu dan secara tiba-tiba pintu tandas tersebut dibuka serta ditutup kembali sebanyak dua kali.

Kali kedua, pintu itu ditutup dengan kuat menyebabkan kedua-dua kakitangan itu terkejut dan berlari.

“Okey ini tingkat tiga, selalu ada orang mengadu, ada orang nangis lah. Hello, siapa ni ye. Ada sesiapa tak kat dalam. Hello, kita tak ada kacau you ye, you tolong jangan kacau,” kata seorang kakitangan tersebut.

Video tular itu mendapat pelbagai maklum balas daripada orang ramai selain ada juga berkongsi pengalaman seram masing-masing.

“Dulu dekat rumah lama, kami satu keluarga pernah kena ganggu oleh benda tu. Benda tu memang boleh hentak barang ya. Dia hentak pintu almari kami kuat-kuat. Kami ulang balik buat bunyi hentakan yang dia buat, memang dia hentak kuat almari tu. Tapi benda tu akan ganggu kami kalau arwah bapa tiada di rumah. Kalau ada arwah bapa, dia tak berani ganggu. Siang-siang pun dia kacau,” komen seorang pengguna TikTok.

“Dia hempuk pintu macam tu. Rasa jantung nak tercabut dah,” komen seorang lagi individu.

“Meremang waktu pintu tu buka sendiri,” kata individu lain. – KOSMO! ONLINE

@farez.eyszGangguan makhluk halus di sebuah universiti swasta IMU Kredit : ainrosi94

♬ bunyi asal – Farez Eysz

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN