fbpx
Anthony ketika gimik perasmian pada Majlis Pelancaran Program Pemberian Geran Padanan Bagi Penggantian Kenderaan Lama di Proton Putrajaya hari ini. Foto FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

MOT perkenal skim geran padanan ganti teksi lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Kementerian Pengangkutan (MOT) akan melancarkan skim geran padanan bagi menggantikan teksi lama kepada teksi baharu dalam tempoh dua bulan lagi.

Menterinya, Anthony Loke berkata, program itu disifatkan mempunyai persamaan dengan Program Geran Padanan Bagi Penggantian Kenderaan Lama yang dilancarkan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya akan membantu pemilik teksi menukar kenderaan lama mereka kepada yang baharu menerusi satu skim yang mereka mampu bayar.

“Menerusi skim itu, pemilik teksi akan memperolehi kenderan baru, wajah baru, lebih ekonomik dan yang penting selesa buat penumpang.

“Ini yang kita harap dapat laksanakan tidak lama lagi lebih kurang sebulan dua lagi,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Program Geran Padanan Bagi Penggantian Kenderaan Lama di sini, hari ini.

Katanya, ketika ini pihaknya sedang memperincikan skim berkenaan dengan syarikat-syarikat automatif nasional.

Loke berkata, pihaknya sememangnya mempunyai rancangan untuk membantu menukar teksi-teksi lama kepada yang baharu.

“Ada kenderaan-kenderaan ini (teksi) yang memang dah sangat lama. Yang lebih daripada 20 tahun pun ada banyak. Itu yang kita nak bantu mereka perbaharui,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI