fbpx
SEORANG lelaki didakwa mencuri dua bekas mengandungi isi durian. - Foto 99 Old Trees/Instagram

Polis buru lelaki kebas durian 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINGAPURA – Sebuah kedai durian di Chinatown, Singapura membuat laporan polis selepas seorang lelaki dipercayai mencuri dua bekas mengandungi isi ‘raja buah’ itu, lapor portal berita MSNews kelmarin.

Rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) kejadian diimuat naik di platform Instagram oleh pihak pengurusan kedai 99 Old Trees itu pada 21 Januari lalu.

Rakaman itu memaparkan seorang  lelaki secara ‘dia-diam’ memasukkan dua bekas mengandungi isi durian ke dalam begnya.

Pengasas bersama 99 Old Trees, Kelvin Tan berseloroh dengan berkata, dia telah menyaksikan pertunjukan silap mata terhebat dalam sejarah Singapura.

Rakaman CCTV lain menunjukkan lelaki itu berjalan masuk ke dalam kedai tetapi dua bekas tersebut kelihatan hilang secara ‘ajaib’ daripada  tangannya.

Dalam satu Instagram Story susulan, kedai itu mendedahkan bahawa polis telah mengenal pasti suspek.

Kelvin berkata, dia meminta polis memberi peluang kepada lelaki itu sekiranya boleh kerana dia tidak mahu memusnahkan kehidupan seseorang. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN