fbpx
Gelagat Ramanan ketika hadir pada majlis ramah mesra bersama media dalam program iLINDUNGu Sahabat! Perkeso Media Luncheon 2026 di Hotel Intercontinental KL hari ini. Foto oleh AMIR KHALID / KOSMO!

Inisiatif Lindung 24 Jam dilaksana selewatnya penghujung 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Inisiatif Lindung 24 Jam dijangka dilaksanakan selewat-lewatnya pada suku ketiga tahun ini selepas melalui proses perancangan rapi dan penyelarasan bersama program sedia ada.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan berkata, pelaksanaan inisiatif tersebut memerlukan langkah cermat bagi memastikan ia selari dengan dasar serta program perlindungan sosial lain yang sedang berjalan.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Datuk Seri Subahan Kamal berkata, pelaksanaan Lindung 24 Jam disasarkan pada suku kedua atau selewat-lewatnya suku ketiga tahun ini.

“Kita merancang untuk melaksanakannya pada suku kedua atau selewat-lewatnya suku ketiga tahun ini,” katanya pada sidang akhbar selepas program iLINDUNGi Sahabat! Perkeso Media Luncheon 2026 di Hotel InterContinental Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut R.Ramanan, sebelum sebarang inisiatif baharu diperkenalkan, pihak kementerian dan Perkeso perlu memastikan setiap aspek pelaksanaan dirangka dengan teliti agar tidak bertindih dengan program lain.

“Sudah tentu ada perkara yang perlu kita pastikan selari dengan program-program sedia ada. Buat masa ini, ia masih dalam perancangan,” jelasnya.

Terdahulu, RUU Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2025, yang memperkenalkan Skim Lindung 24 Jam telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 2 Disember 2025. Rang undang-undang itu kemudiannya mendapat kelulusan Dewan Negara pada 18 Disember 2025 dan kini sedang berada di peringkat pemantauan sebelum dilaksanakan secara menyeluruh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN