PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat di beberapa kawasan sekitar Sarawak dan Sabah.
MetMalaysia menerusi satu kenyataan berkata, hujan lebat berterusan itu melibatkan Betong (Pusa, Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu (Tatau), Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang di Sarawak.
“Antara kawasan yang terlibat di Sabah adalah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Nabawan) dan Tawau (Tawau dan Lahad Datu) sehingga pukul 7 malam ini,” katanya. –KOSMO! ONLINE














