fbpx
Salwani dibawa ke kamar mahkamah dengan kerusi roda di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

Isteri ketiga bekas PTD jalani prosedur buang bisul esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Isteri ketiga bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Salwani Anuar @ Kamaruddin, 27, yang mengalami bisul kronik pada bahagian paha akan menjalani prosedur pembedahan membuang bisul berkenaan.

Peguam tertuduh, Fahmi Abd. Moin berkata, anak guamnya dijangka menjalani prosedur berkenaan sama ada esok atau lusa.

“Beliau (Salwani) sedang mengalami masalah bisul dan akan pulang ke Kuala Lumpur untuk menjalani prosedur membuang bisul tersebut,” katanya kepada pemberita di pekarangan mahkamah di sini semalam.

Terdahulu, Salwani tiba di Mahkamah Sesyen di sini dengan memandu sendiri pada pukul 8.25 pagi.

Dia kemudiannya dipimpin untuk memasuki pekarangan mahkamah sebelum ke kamar mahkamah dengan menaiki kerusi roda.

Semasa prosiding berlangsung, tertuduh bangun sendiri menuju ke kamar tertuduh sebelum duduk di kerusi untuk mendengar pertuduhan dibacakan ke atasnya.

Salwani sekali lagi mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM5,000 yang dimasukkan ke dalam akaun miliknya di Mahkamah Sesyen di sini semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI