BERMULA secara sederhana di tepi jalan pada November 2021, Brkfst.co menawarkan sarapan berkonsepkan menu Barat, namun disesuaikan dengan cita rasa makanan pagi masyarakat setempat. Menu berasaskan English muffin, bagel dan omelet (telur dadar) menjadi fokus utama Brkfst.co yang kini beroperasi di Serasa Garden, Taman Melawati, Selangor sejak tiga tahun lalu. Biarpun ada beranggapan percaturan pemilik Brkfst.co, Ruszaidi Alias seperti melawan arus norma menu sarapan tradisional. Namun, dia tetap optimis dengan matlamatnya mengetengahkan hidangan ala Barat kepada pelanggan. Kata Ruszaidi atau……














