PETALING JAYA – Perdana Menteri menyeru generasi masa kini agar terus menghargai dan memelihara warisan seni negara.
Ini kerana kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, usaha serta sumbangan penggiat seni juga perlu dikenang.
Perkara itu disampaikan selepas beliau berkesempatan menonton Konsert Live P. Ramlee “Madu Tiga” di Malaysian Philharmonic Orchestra hasil pimpinan konduktor hebat Ahmad Muriz Che Rose.
“Semoga generasi masa kini terus menghargai dan memelihara warisan seni ini serta mengenang sumbangan Allahyarham P. Ramlee dalam industri hiburan negara.
“Karya-karya Allahyarham P. Ramlee bukan sahaja hiburan semata, tetapi juga cerminan nilai, budaya dan identiti seni kita,” katanya dalam satu hantaran di laman X di sini hari ini.
Anwar berkata, seni Allahyarham turut mengajar kita pentingnya kreativiti dan dedikasi dalam berkarya selain memberi inspirasi kepada semua.
“Semoga generasi masa kini terus menghargai dan memelihara warisan seni ini serta mengenang sumbangan Allahyarham P. Ramlee dalam industri hiburan negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE














