fbpx
Mohd. Khaidir (kiri) menyerahkan wakalah majikan kepada Shazeli di IPK Selangor, Shah Alam hari ini.

LZS sasar RM2.2 juta zakat warga polis Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyasarkan kutipan zakat berjumlah RM2.2 juta daripada warga polis Selangor menerusi pengukuhan skim potongan gaji tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohd. Khaidir Shahari berkata, sasaran itu bersandarkan potensi besar penyertaan lebih 10,000 anggota yang belum menunaikan zakat.

Menurutnya, kutipan zakat menerusi skim potongan gaji warga kontinjen itu direkodkan berjumlah RM1.03 juta dengan melibatkan 2,736 anggota.

“Jika setiap anggota itu menyumbang serendah RM10 sebulan, kita yakin sasaran RM2.2 juta setahun itu adalah realistik. Menerusi skim pemotongan gaji, kaedah bayaran lebih konsisten dan sistematik itu memperkukuh peranan zakat sebagai sistem perlindungan sosial kepada asnaf,” katanya pada taklimat khas zakat ‘Anda Hero Asnaf’ di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihaknya menyambut baik inisiatif itu yang memberi manfaat berterusan terutama dari segi kebajikan, pendidikan dan sokongan sosial kepada keluarga anggota. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN