fbpx
Mohd. Firdaus (kiri) bersama Ismail Sabri (dua dari kanan) pada majlis pelancaran restoran White n Black Royale Thai di Eco Majestic, Semenyih baru-baru ini.

Restoran White n Black Royale Thai miliki sijil halal Jakim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEMENYIH – MFJ Group Hol­dings Sdn. Bhd. (MFJ) bakal membuka sebuah lagi restoran berkonsepkan makanan Cina pada suku pertama tahun ini berdekatan dengan Taman Botani, Kuala Lumpur dalam usaha melengkapkan lagi segmen makanan dan pengoperasian syarikat dalam industri makanan dan minuman (F&B).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Firdaus Jamaluddin berkata, ia adalah restoran ke tujuh syarikat selepas membuka beberapa restoran dengan temanya yang berbeza seperti makanan barat, lauk kampung dan juga yang terbaharu adalah makanan Thai.

Menurut beliau, perkara yang menarik untuk restoran Cina itu, adalah bakal melengkapkan premis tersebut dengan menempatkan akuarium ikan dan makanan laut yang lain bagi membolehkan pelanggan memi­lih sumber segar untuk dimasak mengikut cita rasa serta bajetmasing-masing.

“Restoran ini lebih besar saiznya kerana boleh menempatkan sehingga 420 pelanggan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran cawangan terbaharu White n Black Royale Thai di Eco Majestic yang disempurnakan oleh Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai cawangan terbaharu itu, ia telah dibuka pada bulan September tahun lalu dan mendapat sijil halal pada akhir bulan Disember tahun yang sama.

Mohd. Firdaus berkata, restoran berkonsepkan premium yang menelan belanja sehingga RM850,000 itu terletak di lokasi strategik yang telah diubah suai menjadi dua tingkat boleh memuatkan sehingga 150 pelanggan.

Restoran tersebut menawarkan sehingga 80 menu yang menyelerakan pada harga menarik.

“Kami menghantar cef syarikat untuk mendapatkan pengalaman lebih lanjut dan merasai sendiri makanan di Thailand seterusnya membawa ilmu yang diperolehnya untuk di bawa ke dapur masakan di sini.

“Banyak makanan yang popular di Thailand boleh didapati di cawangan ini dan lebih menarik kami juga akan menyediakan sebuah akuarium berisi udang dan ikan seperti siakap dan kerapu untuk dimasak segar sebelum dihidangkan di meja ­tetamu” ­jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN