fbpx
Individu digelar tan sri direman selama empat hari bagi membantu siasatan penipuan pelaburan bernilai RM300 juta di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Tipu pelaburan RM300 juta, Tan Sri direman empat hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman seorang individu bergelar Tan Sri bagi membantu siasatan kes penipuan pelabur dipercayai membabitkan nilai kira-kira RM300 juta.

Perintah reman selama empat hari sehingga 25 Januari depan terhadap suspek lelaki berusia 60-an telah dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat dibawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. –

Semalam, SPRM menahan individu itu yang merupakan bekas pengarah syarikat kira-kira pukul 7.15 malam ekoran disyaki menyalahguna dana pelaburan berjumlah RM6 juta.

Menurut sumber, SPRM tidak menolak kemungkinan nilai dana yang diseleweng boleh mencecah ratusan jutaan ringgit.

“Dana tersebut telah diseleweng tanpa pengetahuan pelabur yang mana pelaburan tersebut sepatutnya dipulangkan semula selepas tarikh matang perjanjian pelaburan berakhir pada 2024,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN