fbpx
Gambar hiasan.

Kurung taska: Ibu bapa mangsa buat laporan, polis rakam keterangan Caprice

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Seorang kanak-kanak autistik berusia 11 tahun yang didakwa dikurung di sebuah taska swasta di daerah ini dihantar ke premis berkenaan sejak enam tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, setakat ini sebanyak tiga laporan diterima berhubung kes itu termasuk daripada ibu bapa kanak-kanak lelaki tersebut.

“Kita juga merakam percakapan pempengaruh media sosial, Caprice bagi membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau menambah, pihaknya juga telah menerima beberapa rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) daripada pihak taska berkenaan.

“Ada yang serah dan ada yang belum. Rampasan akan dibuat dan kes masih dalam siasatan,” jelasnya.

Kosmo! Online semalam melaporkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendedahkan tiga buah pusat penjagaan kanak-kanak yang beroperasi di Shah Alam dan Prima Puchong yang tular susulan akibat isu pengabaian dan penderaan adalah tidak berdaftar sebagai operator taska di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984.

Premis di pusat penjagaan tersebut juga berada dalam keadaan yang tidak memuaskan, tidak kondusif dan tidak memenuhi ciri keselamatan yang sewajarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN