fbpx
Gambar hiasan

Disamun ketika beribadat, suspek diberkas kurang 10 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga Vietnam menjadi mangsa samun ketika sembahyang di sebuah tokong berhampiran padang permainan di Taman Sri Bahtera di sini, Isnin lalu.

Dalam kejadian pukul 1 tengah hari itu, mangsa didatangi seorang lelaki sebelum melarikan barangan berharga iaitu telefon bimbit iPhone 17 Pro Max, Airpods dan wang tunai melibatkan kerugian hampir RM8,000.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, hasil siasatan pantas membawa kepada penahanan suspek dalam tempoh kurang 10 jam selepas laporan diterima.

“Sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Cheras menahan lelaki tempatan berusia 23 tahun itu pada pukul 9.15 malam hari sama di kawasan Taman Sri Bahtera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, suspek yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu turut memiliki 12 rekod jenayah dan dadah. Lelaki itu direman selama empat hari sehingga 23 Januari ini untuk siasatan di bawah Seksyen 392 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI