fbpx
Tangkap layar perbualan WhatsApp berhubung perbincangan mengenai sewa rumah yang dikongsikan pengguna Facebook.

Deposit rumah sewa boleh beli sebuah motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Isu deposit rumah sewa yang didakwa terlalu tinggi sehingga ribuan ringgit mencetuskan kemarahan netizen apabila seorang pengguna Facebook berkongsi pengalaman perlu membayar sebanyak RM7,300 bagi kadar sewaan RM1,700 sebulan.

“Sewa RM1,700. Deposit apa sampai RM7,300?,” tulisnya pengguna tersebut.

Rata-rata pengguna media sosial tampil memberikan pandangan masing-masing dengan menyifatkan sebahagian caj yang dikenakan sebagai keterlaluan khususnya melibatkan bayaran kepada ejen hartanah.

“Untuk rumah sewa RM1,700 sebulan, penyewa kena sediakan sampai RM8,000. Dah boleh beli sebiji (sebuah) motosikal. Melampau sangat, kesian penyewa,” kata seorang pengguna media sosial.

Seorang pengguna, Razi mendakwa caj perkhidmatan ejen tidak sepatutnya dikenakan ke atas penyewa kerana pihak tersebut menerima bayaran daripada pemilik rumah.

“Kalau memang peguam yang buat perjanjian sewaan, caj minimum sekitar RM300. ‘Stamping’ mungkin RM125, tapi ejen fee (upah) itu memang tipu. Ejen sudah dapat bayaran daripada pemilik, mana boleh minta daripada penyewa lagi,” katanya.

Sementara itu, Bossman Kuberan turut mempersoalkan keperluan bayaran ejen apabila penyewa sendiri mencari rumah melalui aplikasi dalam talian.

“Sepatutnya pemilik yang bayar sebab ejen tolong carikan penyewa. Ini penyewa yang cari sendiri, kenapa perlu bayar upah ejen?,” soalnya.

Seorang lagi pengguna Facebook dikenali sebagai CL Eatsy Tan mendakwa situasi tersebut sudah menjadi kebiasaan di Johor Bahru tanpa mengira jenis rumah.

“Tak kisah rumah apa, semua memang ‘cekik darah’. Saya pernah berurusan, harga memang macam itu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN