WIRA animasi kesayangan Malaysia, Ejen Ali, telah membuat penampilan sulungnya di Kejohanan Dunia M7 (M7) yang membuka tirainya di Jakarta, Indonesia baru-baru ini. Ia menandakan satu lagi pencapaian penting dalam kerjasama berterusan antara animasi tempatan dan syarikat permainan video antarabangsa, MOONTON Games. Berakar umbi daripada penceritaan Malaysia, tema keberanian dan kerja berpasukan yang dibawa karakter Ejen Ali turut mendapat sambutan dalam kalangan penonton muda di seluruh Asia Tenggara. Langkah ini membuktikan bahawa kandungan hiburan tempatan mampu merentas sempadan dan mencipta……














