fbpx
Gambar hiasan.

Hujan lebat, angin kencang di Perak, Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk di Perak dan Selangor, tengah hari ini.

MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku sehingga pukul 1 tengah hari ini.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Perak melibatkan Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak,” katanya.

Selain itu, beberapa kawasan di Selangor turut terjejas melibatkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN