fbpx
KEADAAN kereta Honda City yang dipandu seorang lelaki yang terlibat dalam kemalangan gara-gara mengelak anjing melintas dalam kejadian di Taman Permas Jaya, Johor Bahru, semalam. Foto MEDIA SOSIAL

Anjing punya fasal…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Gara-gara mengelak seekor anjing, seorang pemandu e-hailing terpaksa merempuh empat buah kenderaan dan sebuah rumah dalam satu kejadian di Taman Permas Jaya, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, dalam kemalangan yang berlaku pada pukul 4.10 petang itu membabitkan empat kereta, sebuah motosikal dan sebuah rumah.

Menurutnya, kejadian membabitkan seorang lelaki berusia 26 tahun yang bekerja sebagai pemandu e-hailing.

“Ketika kejadian, mangsa yang menggunakan kereta jenis Honda City itu dalam perjalanan dari Pasir Gudang menghala ke sebuah kawasan perumahan cuba mengelak anjing yang tiba-tiba melintas di laluan.

“Ia menyebabkan kenderaannya memasuki laluan bertentangan lalu melanggar sebuah motosikal, sebuah rumah dan tiga kereta yang diletakkan di hadapan rumah terbabit,” katanya menerusi kenyataan akhbar, di sini hari ini.

Raub berkata, pemandu e-hailing itu tidak mengalami kecederaan, manakala penunggang motosikal mengalami cedera ringan di beberapa bahagian badan dan dibawa ke Hospital Sultan Ismail untuk mendapatkan rawatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN