fbpx
Trump menjadi wajah Piala Dunia 2026. - Getty Images

‘Boikot sahaja Piala Dunia 2026’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Ahli-ahli Parlimen Britain menyuarakan gesaan untuk memboikot Piala Dunia di Amerika Syarikat (AS) yang akan berlangsung pada musim panas tahun ini selepas Presiden Donald Trump mengumunkan tarif baharu ke atas London, lapor akhbar Metro UK semalam.

Simon Hoare dan Kate Osborne berkata, kerajaan perlu ‘menekan setiap butang dan menarik setiap tuas’ untuk menunjukkan bantahannya terhadap ancaman Trump terhadap Greenland.

Hoare yang merupakan Ahli Parlimen kanan Parti Konservatif, memberitahu Metro UK bahawa tindakan itu mungkin termasuk tidak menghadiri Piala Dunia. 

“Kita harus menghantar seberapa banyak mesej yang mungkin kepada pentadbiran Trump dan rakyat Amerika bahawa terdapat beberapa garisan merah dalam hal menegakkan kedaulatan serta hal ehwal antarabangsa.

“Jika ia bermakna tidak menyertai Piala Dunia, maka kita tidak sepatutnya pergi ke Piala Dunia,” katanya.

Ahli Parlimen daripada Parti Buruh, Osborne bersetuju bahawa kejohanan itu harus diboikot kerana Trump mengancam Greenland dan ‘menyerang’ kerajaan Britain.

England dan Scotland kedua-duanya layak ke kejohanan pada bulan Jun ini, manakala Wales atau Ireland Utara juga boleh menempah tempat mereka melalui ‘play-off’.

Persoalan kini timbul tentang sama ada negara-negara Eropah harus pergi ke kejohanan itu selepas Trump mengumumkan bahawa beliau akan mengenakan tarif 10 peratus ke atas lapan negara anggota atas keengganan mereka untuk membiarkan Trump mengambil alih Greenland.

Ahli politik Jerman, Jurgen Hardt berkata Jumaat lalu bahawa memboikot Piala Dunia mungkin menjadi ‘jalan terakhir’ untuk ‘mengingatkan Trump tentang isu Greenland.

Trump menjadi wajah Piala Dunia 2026, yang akan dihoskan oleh AS pada musim panas ini bersama Kanada dan Mexico. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN