fbpx
Saifuddin Nasution bersama, Tengku Dr. Hishammuddin Zaizi bergambar pada majlis pembukaan rasmi Oriental Kopi di KLIA di Sepang hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA

Oriental Kopi buka cawangan di KLIA, sokong Visit Malaysia 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Pengendali rangkaian kafe makanan dan minuman, Oriental Kopi Holdings Bhd. (Oriental Kopi) membuka cawangan baharu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, di sini.

Pengerusinya, Tengku Datuk Dr. Hishammuddin Zaizi Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj  berkata, kehadiran Oriental Kopi di KLIA Terminal 1 penting bagi menyokong aspirasi Visit Malaysia 2026 (VMY2026).

Beliau berkata, KLIA 1 adalah pintu masuk utama Malaysia yang menyambut jutaan pelancong dari seluruh dunia setiap tahun.

“Kehadiran Oriental Kopi di lokasi strategik ini membolehkan pelancong merasai cita rasa Malaysia sebaik sahaja tiba, serta membawa pulang pengalaman tersebut sebagai kenangan.

“Budaya kopitiam telah lama berakar sebagai identiti tempatan yang mencerminkan perpaduan dalam kepelbagaian, apabila pelbagai komuniti berkongsi meja dan rasa di bawah satu bumbung.

“Melalui Oriental Kopi, semangat ini diterjemahkan di KLIA 1 pada skala global, apabila pelancong dari seluruh dunia menikmati boleh hidangan ikonik Malaysia seperti nasi lemak dan laksa kari,” katanya pada majlis pembukaan rasmi Orientak Kopi di KLIA, di sini hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Katanya, di cawangan ini, Oriental Kopi turut menawarkan produk cenderamata makanan seperti kopi putih, kaya dan sambal nasi lemak, yang dipilih khusus sebagai wakil cita rasa autentik Malaysia dan sesuai dibawa pulang oleh pelancong.

Tengku Hishammuddin berkata, berkata, Oriental Kopi telah membina jenama yang kukuh melalui komitmen terhadap kualiti dan keaslian.

“Restoran ini digemari oleh rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang serta semakin dikenali dalam kalangan pelancong antarabangsa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI