fbpx
Anwar pada Majlis Penghargaan Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 di MAEPS, Serdang hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO / KOSMO!

PM gesa pelaksanaan tegas susulan titah Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SERDANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan akan melaksanakan titah Yang di-Pertuan Agong dengan penuh ketegasan dan jelas, susulan titah baginda sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15, hari ini.

Beliau menyifatkan, setiap titah dan nasihat Yang di-Pertuan Agong adalah jelas untuk dijadikan panduan utama dalam urus tadbir kerajaan.

“Bagus, jelas laksana dengan tegas,” katanya ringkas kepada pemberita di sini ketika diminta mengulas mengenai titah berkenaan.

Antara titahSultan Ibrahim ialah semua pemimpin, sama ada daripada pihak kerajaan mahupun pembangkang, diingatkan agar lebih berhati-hati supaya tidak melakukan sebarang hasutan sehingga menimbulkan ketegangan antara wilayah.

Seri Paduka Baginda bertitah, sebarang perbezaan pandangan perlu diselesaikan secara matang dan bukan melalui kebencian atau syak wasangka.

Selain itu, Sultan Ibrahim turut menzahirkan kekecewaan baginda terhadap skandal rasuah yang berlaku dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM), termasuk membabitkan pegawai peringkat tinggi.

Baginda bertitah, tidak mustahil barisan perkhidmatan ATM akan diketuai oleh anggota lain-lain pangkat (LLP), contohnya seorang sarjan, jika isu rasuah terus membelenggu pasukan pertahanan negara.

Terdahulu, Anwar bersama lebih 5,000 petugas hadir ke Majlis Penghargaan Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI