fbpx
SETIAUSAHA Agung Seniman, Hafiz Nafiah, berkata pihaknya difahamkan Nadia Kesuma rebah sebelum dikejarkan ke hospital untuk pemeriksaan doktor.

‘Nadia Kesuma rebah di lapangan terbang sebelum dikejarkan ke hospital’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon, Nadia Kesuma dilaporkan rebah di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah, Arab Saudi sebelum disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Perkara tersebut dikongsikan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) yang memaklumkan hal itu diperoleh menerusi semakan kamera litar tertutup (CCTV) pihak berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Abdul Aziz Jeddah itu.

Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah, berkata pihaknya difahamkan Nadia Kesuma rebah sebelum dibawa ke hospital untuk pemeriksaan doktor.

“Dia rebah akibat serangan jantung di dalam lapangan terbang dan dikejarkan ke hospital oleh pihak berkuasa,” kata kenyataan tersebut.

Terdahulu, negara gempar apabila Nadia atau nama lengkapnya Nadiah Kasumawati Abdul Karim, 50, dilaporkan tidak dapat dihubungi keluarga ketika transit di Jeddah sebelum ke London pada 15 Januari lalu.

Allahyarham menyertai umrah bersama 21 lagi calon jemaah dari Malaysia di bawah kendalian sebuah agensi.

Tengah malam tadi, suaminya, Prof Muhammad Kamarul Kabilan, berkongsi khabar duka pemergian arwah pada tarikh sama sekitar pukul 8.07 pagi.

Jenazah yang kini berada di King Fahad Hospital Jeddah akan dikebumikan di sana.

Wisma Putra dalam kenyataan memaklumkan Pejabat Kedutaan Malaysia di Riyadh dan Konsulat Malaysia di Jeddah akan membantu keluarganya dalam situasi getir ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN