fbpx
Johari menyampaikan ucapan dalam PAU 2025 di WTCKL hari ini. Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI/KOSMO!

Akta Pembaharuan Semula Bandar ditangguh demi lindungi Melayu bandar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, menegaskan keputusan menangguhkan cadangan pelaksanaan Akta Pembaharuan Semula Bandar (PSB) di Kuala Lumpur membuktikan UMNO sentiasa mendengar rintihan rakyat, khususnya masyarakat Melayu bandar.

Beliau berkata, langkah itu diambil selepas Presiden UMNO memberi perhatian serius terhadap kebimbangan penduduk di ibu negara dan mengarahkan satu konvensyen khas diadakan bagi mendapatkan pandangan secara langsung daripada rakyat.

“Kita adakan konvensyen ini kerana mahu dengar sendiri apa keresahan rakyat. Apabila kita berada dalam kerajaan, perkara seperti ini boleh kita atasi,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Agung UMNO 2025, di sini.

Menurut Johari, kebimbangan utama penduduk adalah kemungkinan projek pembaharuan bandar menolak orang Melayu keluar dari kawasan bandar, sekali gus menjejaskan kedudukan sosioekonomi mereka.

“Kalau pembaharuan bandar mahu dilaksanakan, ia mesti memenuhi prosedur dan cita rasa rakyat, bukan menolak orang Melayu keluar dari bandar,” katanya.

Beliau berkata, hasil resolusi konvensyen itu telah dibentangkan kepada Perdana Menteri dan keputusan dibuat untuk menangguhkan semua cadangan berkaitan Urban Renewal di Kuala Lumpur.

Mengulas landskap politik semasa, Johari menegaskan UMNO tidak perlu gentar terhadap mana-mana parti lain, sebaliknya perlu memberi tumpuan kepada penyatuan orang Melayu.

“Kita tidak pernah takut kepada mana-mana parti sebelum ini. Yang kita perlu takut ialah apabila orang Melayu berpecah,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyatakan sokongan terhadap gagasan Presiden UMNO untuk membuka UMNO sebagai ‘rumah bangsa’, namun menegaskan penyertaan itu tidak boleh dipaksakan.

“Kalau ada yang mahu masuk, pintu terbuka. Kalau tidak mahu, itu pilihan masing-masing,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI