fbpx
Alexander (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada mereka yang terjejas akibat kebakaran Rumah Austin Ekau, Nanga Sipan, Song di Sarawak tahun lalu.

Pembinaan rumah panjang perlu ambil kira risiko kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penghuni rumah panjang di Sarawak dinasihatkan supaya merancang pembinaan rumah panjang baharu dengan lebih baik, selesa dan kukuh.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, perkara itu boleh dilaksanakan bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pejabat daerah.

“Bukan sahaja selesa dan kukuh, tetapi juga mengambil kira aspek keselamatan bagi mengurangkan risiko kebakaran seperti pembinaan ‘returning wall’,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Terdahulu, Alexander memaklumkan, beliau hari ini menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Rumah Austin Ekau, Nanga Sipan, Song di Sarawak yang musnah akibat kebakaran tahun lalu.

Menurut beliau, sebanyak RM145,000 diserahkan melibatkan sumbangan RM5,000 bagi setiap 29 pintu bilik bagi membantu meringankan beban mangsa.

Kata beliau, kerajaan juga telah menyediakan bantuan sebanyak RM70,000 sepintu bilik untuk tujuan pembinaan semula rumah panjang terbabit.

“Saya berharap peruntukan ini dapat digunakan sebaik-baiknya sama ada untuk membina kerangka rumah atau keperluan lain yang benar-benar diperlukan.

“Kerajaan akan terus membantu sekiranya terdapat keperluan tambahan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN