fbpx
Anggota bomba mengangkat jasad remaja yang lemas ketika mandi di Hutan Lipur Lubuk Jantan, Lubuk Semilang, Langkawi hari ini.

Remaja lemas ketika mandi air terjun di Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LANGKAWI – Seorang remaja lelaki ditemukan maut akibat lemas, manakala rakannya berjaya diselamatkan orang awam dalam kejadian di kawasan air terjun Hutan Lipur Lubuk Jantan, Lubuk Semilang, di sini hari ini.

Mayat mangsa, Muhammad Hafiz Daniel Zaini, 17, ditemukan anggota pasukan penyelamat di air (PPDA) di dasar sungai kira-kira pukul 2.38 petang tadi.

Ketua Zon 4 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Langkawi, Penguasa Bomba Mohd Zamri Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 1.37 tengah hari tadi.

“Dua anggota PPDA kemudian melakukan kerja-kerja pencarian di sekitar kawasan mangsa disyaki lemas sebelum jasad remaja itu ditemukan di dasar kawasan air terjun tersebut. Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai dari Kementerian Kesihatan dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI