fbpx
Keadaan di lokasi kemalangan melibatkan lori mengangkut ketam. - Joe Boland

15,000 ketam bertaburan di tepi jalan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUBLIN –  Sebuah lori membawa ketam terbalik ke dalam parit di Ireland, menyebabkan kira-kira 15,000 ekor makanan laut itu bertaburan di tepi jalan, lapor agensi berita United Press International kelmarin.

Lori milik McLaughlin Transport itu membawa muatan ketam yang ditangkap di Inishowen apabila terbabas ke dalam parit di tepi laluan R238, daerah Donegal.

Pemandu lori tidak cedera tetapi kemalangan menyebabkan ketam bernilai kira-kira AS$70,000 (RM283,000) itu tumpah keluar daripada bekas-bekas aluminium.

Kru Perkhidmatan Pemulihan Ringan dan Berat McLaughlin yang berpangkalan di Burnfoot kemudian dihubungi untuk membersihkan serpihan dan mengumpulkan ketam-ketam tersebut.

“Ia adalah pemandangan yang sangat luar biasa. Apabila kami tiba, banyak ketam bertaburan keluar dari kontena dan berusaha untuk ‘melarikan diri’,” kata pemilik syarikat itu, Odhran McLaughlin.

“Pasukan terdiri daripada 10 orang terpaksa mengumpul ketam-ketam tersebut secara manual dan memasukkannya ke dalam beg besar serta memuatkannya semula ke dalam lori. Ia mengambil masa beberapa jam untuk mengisi beg-beg tersebut,” tambahnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN