fbpx
BANTUAN Sara untuk orang bujang meringankan beban kos sara hidup golongan berkenaan yang rata-rata berpendapatan rendah dan sederhana.

Gaji kecil, dapat RM50 kira bagus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Golongan bujang menyifatkan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) berjumlah RM50 yang diterima semalam hadir tepat pada masanya ketika mereka memerlukan wang perbelanjaan untuk membeli barangan keperluan.

Rata-rata yang ditemui berkata, biarpun belum berkeluarga tetapi tetap terkesan dengan cabaran kos sara hidup kerana kebanyakan mereka berpendapatan rendah dan sederhana.

Ramai penerima menggunakan bantuan itu untuk membeli barangan asas seperti beras, minyak masak dan keperluan dapur.

Seorang pekerja swasta, Yusof Ishak, 32, berkata, bantuan itu tiba pada masa tepat di tengah bulan bagi meringankan beban perbelanjaan golongan bujang.

“Memang saya tunggu bantuan ini sebab gaji tak begitu besar. Bila dapat RM50, sekurang-kurangnya boleh tampung belanja barang dapur untuk se­minggu,” katanya kepada Kosmo!

Sementara itu, bagi pekerja swasta, Muhammad Irfan Mohamed Ameerdin, 28, inisiatif itu menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap golongan muda.

“Walaupun jumlahnya kecil, bagi kami yang bujang dan menyewa, ia sangat membantu. Boleh jimat duit untuk beli barangan dapur untuk hujung bulan sementara gaji,” ujarnya.

Selain itu, seorang penghantar barang, Wafi Ghazali, 33, berkata, bantuan berkenaan membo­lehkannya mengurus kewangan dengan lebih baik.

Katanya, sebelum ini dia pernah meminjam duit terutama ketika hujung bulan semata-mata untuk membeli makanan sementara menunggu gaji.

“Sekarang banyak benda dah mahal, walaupun RM50 itu tidak besar, tetap beri kelegaan bagi golongan bujang yang berpendapatan sederhana.
Kerajaan sebelum ini mengumumkan bantuan Sara bagi membantu golongan berpendapatan rendah dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN