fbpx
Gambar hiasan

5,819 murid keperluan khas layak terima Sijil Alternatif Sekolah Menengah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seramai 5,819 Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) dari 896 buah sekolah di seluruh negara layak menerima Sijil Alternatif Sekolah Menengah (SASM) bagi Sesi Akademik 2025/2026.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan berkata, Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) telah selesai dilaksanakan pada 10 Disember 2025 dan menandakan tamat persekolahan bagi murid berkenaan.

Sijil tersebut dijadualkan akan dikeluarkan pada 20 Januari depan dan boleh diperoleh daripada sekolah masing-masing bermula pukul 10 pagi.

“KPM mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon yang layak menerima SASM bagi Sesi Akademik 2025/2026.

“Kami kekal komited memastikan akses pendidikan yang adil, saksama dan inklusif, selaras dengan hala tuju serta aspirasi pendidikan negara,” jelas KPM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN