fbpx
Perhilitan Johor memasang perangkap harimau di Felda Penggeli Timur hari ini

Perhilitan pasang perangkap harimau di Felda Penggeli Timur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Sebuah perangkap harimau dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor bagi menangkap haiwan buas itu yang dipercayai membaham seekor lembu di Felda Penggeli Timur baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon, berkata, anggota Perhilitan Johor turut melakukan tindakan awal seperti melakukan pemantauan mengguna dron selain memasang perangkap kamera di kawasan berkenaan.

“Mereka telah memasang perangkap bagi menangkap dan memindahkan harimau tersebut ke lokasi yang lebih selamat dan selesa. ,Setakat ini pihak berkuasa masih belum dapat memastikan kejadian serangan itu membabitkan harimau belang atau harimau kumbang,” katanya hari ini.

Perangkap tersebut dipasang di kawasan penemuan tapak haiwan liar itu kira-kira pukul 10 pagi tadi melibatkan seramai 10 anggota Perhilitan Johor diketuai Pegawai Hidupan Liar, Mohamad Fazihan Mahadi dengan bantuan penduduk.

Operasi memasang perangkap dengan menggunakan seekor kambing sebagai umpan bagi menarik perhatian harimau berkenaan mengambil masa kira-kira dua jam untuk disiapkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN