fbpx
Michael (duduk, kiri) bersama mangsa 'love scam' (tengah,duduk) pada sidang akhbar penipuan kes Along di Wisma MCA, Jalan Ampang hari ini. - Foto AMIR KHALID

Baling kepala ayam, tuduh peminjam pelacur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang wanita hidup dalam ketakutan selepas dilabel sebagai penipu dan pelacur oleh ceti haram setelah gagal membayar hutang pinjaman yang dibuat pada Januari tahun lalu.

Lebih meresahkan, wanita yang mahu dikenali sebagai Goh, 46, berkata, along tersebut turut bertindak membaling kepala ayam ke arah rumah keluarganya sebagai amaran.

Menurut pemandu e-hailing itu, dia membuat pinjaman sebanyak dua kali dengan along sebanyak RM12,800 dan RM3,500 selepas duit simpanannya habis ekoran terjerat dengan ‘love scam’.

Katanya, pinjaman pertama dibuat pada Julai 2024, namun sudah dilangsaikan sebelum membuat pinjaman kedua berjumlah RM3,500 pada Januari tahun lalu.

“Saya dipaksa membayar RM6,200 setakat November lalu. Malah along turut mengarahkan saya membayar sebanyak RM1,000 berserta faedah dan caj tambahan akan dikenakan sekiranya gagal bayar,” katanya pada sidang akhbar di Wisma MCA di sini hari ini.

Goh berkata, lebih menakutkan ceti haram tersebut turut mengganggu abangnya selain mengugut untuk membakar kedai lelaki itu di Klang.

“Abang beritahu saya bahawa along itu turut mengugut untuk menyebarkan gambarnya di media sosial,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam (MCA), Datuk Seri Michael Chong berkata, pihaknya pernah membantu Goh melangsaikan hutang terdahulu.

“Lebih menyedihkan, Goh dan jirannya turut menerima surat dipercayai dihantar along yang menabur fitnah dengan melabelkan mangsa sebagai penipu dan pelacur di Klang, Selangor. Along turut memberi amaran kepada keluarga Goh dengan mencampakkan kepala ayam di rumah ibunya,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN