fbpx
Gambar menunjukkan Kim Tae-hyeong. - Instagram

V BTS cipta rekod, catat lebih 70 juta pengikut media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEOUL – Ahli kumpulan K-Pop popular BTS, V menjadi penghibur lelaki Korea Selatan pertama yang melepasi 70 juta pengikut di media sosial, lapor laman berita Chosun Biz semalam.

Jumlah pengikut akaun media sosial peribadi V atau nama sebenarnya Kim Tae-hyeong semalam mencecah kira-kira 70.01 juta. 

V membuat kemunculan pertama sebagai ahli BTS pada 13 Jun 2013 bersama RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin dan Jungkook. 

Dia kemudian membuka akaun media sosial peribadi pada 6 Disember 2021, kira-kira lapan tahun selepas kemunculannya, dan berkomunikasi secara langsung dengan para peminat.

Pada ketika itu, akaun media sosial V melepasi 1 juta pengikut dalam tempoh 43 minit selepas dibuka.

Ia kemudian mencapai 10 juta pengikut dalam tempoh 4 jam 52 minit, sekali gus mencuri perhatian. 

Pencapaian itu turut diiktiraf oleh Guinness World Record. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN