fbpx
Muhammad Nizam (gambar kecil).

KPDN pertingkat kawalan susulan serangan bom stesen minyak di Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah mempertingkatkan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand bagi mengelak penyeludupan petrol dan diesel susulan serangan bom di 11 stesen minyak di Thailand, baru-baru ini.

Letupan bom yang berlaku secara serentak itu berlaku di tiga Wilayah Selatan Thailand iaitu Yala, Pattani dan Narathiwat kira-kira pukul 1.04 pagi, Ahad lalu.

Pengarah KPDN negeri, Muhammad Nizam Jamaludin berkata, penguatkuasaan juga akan dilakukan di semua stesen minyak berhampiran sempadan bagi memastikan tidak berlaku ketirisan. “Kita akan tingkatkan kawalan dan penguatkuasaan bagi mengelak ketirisan (bahan api) dan seperti yang dilakukan pada tahun-tahun lepas, tahun ini juga kita akan mempertingkatkan kawalan di sempadan dan stesen-stesen minyak,” katanya selepas Majlis Apresiasi Media dan Pengguna di sebuah hotel di sini malam tadi.

Beliau pada masa sama mengalu-alukan dan menghargai aduan awam berhubung pengisian minyak RON95 oleh kenderaan asing.

“Kita mengucapkan terima kasih kepada penduduk tempatan yang mempunyai kesedaran tinggi apabila mengesan kenderaan bernombor pendaftaran asing yang mengisi minyak (RON95) di stesen minyak kita.

“Jadi, susulan aduan tersebut, kita dapat bertindak dengan pantas dan siasatan mendapati kejadian itu benar berlaku dan kita sudah kenakan tindakan terhadap stesen minyak berkenaan,” ujarnya.

Kosmo! pada 10 Januari lalu melaporkan sebuah kereta bernombor pendaftaran asing dikesan membuat pengisian petrol RON95 di sebuah stesen minyak di Sungai Petani, dekat sini.

Rakaman video tular menunjukkan seorang pekerja stesen minyak sedang mengisi bahan api ke dalam tangki kereta dipandu seorang lelaki warga emas.

Siasatan KPDN kemudian mendapati kejadian itu benar berlaku hasil pemeriksaan rakaman televisyen litar tertutup. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI