fbpx
Gambar hiasan.

Lagi pegawai tertinggi ATM ditahan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Seorang lagi pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung tender perolehan melibatkan badan itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, individu berkenaan ditahan kira-kira pukul 11 pagi tadi.

“SPRM hari ini telah menahan seorang lagi pegawai tinggi ATM pada pukul 11 pag bagi membantu siasatan kes ini.

“Sebarang kemaskini mengenai kes ini akan dimaklumkan pada sidang akhbar SPRM esok,” katanya pada Kosmo! hari ini.

Pada masa sama, Azam berkata, SPRM turut membebaskan seorang bekas pegawai tertinggi ATM daripada tahanan reman Isnin lalu.

Terdahulu, pegawai tertinggi ATM bersama dua isterinya ditahan SPRM berkait projek perolehan tender tentera darat sebelum direman selama tujuh hari, manakala kedua-dua isterinya masing -masing direman tiga dan enam hari.

Sebelum ini, bekas pegawai tertinggi itu dikehendaki memberi keterangan pada 28 Disember tahun lalu, namun tidak dapat berbuat demikian kerana dimasukkan ke hospital. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN