fbpx
Pasangan kekasih yang ditahan dalam operasi pencegahan jenayah syariah di Taman Tiong, Kulim, tengah malam tadi.

Tindakan sembunyi belakang pintu bilik kekasih gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULIM – Tindakan seorang wanita membawa teman lelaki ke rumah sewanya tanpa pengetahuan rakan terbongkar selepas diserbu penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) dalam operasi pencegahan jenayah syariah di Taman Tiong, di sini tengah malam tadi.

Wanita berusia 22 tahun dan pasangannya berusia 25 tahun itu ditahan kira-kira pukul 12.21 tengah malam kerana disyaki berkhalwat di sebuah bilik di rumah teres dua tingkat berkenaan.

Pegawai Penguat Kuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifuddin Mat Saad berkata, pemeriksaan dilakukan ke atas rumah itu susulan maklumat awam.

Katanya, pihaknya mengetuk pintu rumah dan memberi salam sebelum dibuka oleh rakan penyewa wanita yang tinggal di bilik utama.

“Penguat kuasa seterusnya mengetuk pintu bilik ketiga sebelum terpaksa menunggu kira-kira lapan minit sebelum dibuka oleh seorang wanita yang memakai baju tidur selain menemui seorang lelaki yang didapati bersembunyi di sebalik pintu bilik,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, lelaki terbabit yang bekerja di sebuah syarikat penghantar dipercayai datang ke rumah wanita itu sejak pukul 9 malam dengan menunggang motosikal

“Pasangan itu dibawa ke PADK untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 25(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI