fbpx
Gambar hiasan

Binaan haram Kampung Chubadak Tambahan diroboh Rabu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia serta beberapa agensi berkaitan akan melaksanakan perintah penghakiman terhadap struktur binaan haram di Kampung Chubadak Tambahan, Rabu ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd. Zahari berkata, pelaksanaan perintah tersebut turut melibatkan Tenaga Nasional Berhad, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Imigresen dan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian.

Menurut beliau, tindakan itu dijalankan bagi tujuan penguatkuasaan undang-undang terhadap struktur binaan haram, premis tanpa kebenaran serta pencerobohan kawasan yang dikenal pasti menyalahi peruntukan undang-undang sedia ada.

“Pelaksanaan perintah ini akan dijalankan mengikut peruntukan undang-undang, prosedur operasi standard serta mengambil kira aspek keselamatan awam dan kebajikan semua pihak yang terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, katanya, orang awam dinasihatkan supaya tidak berada di kawasan terlibat serta sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

“Semua pihak diminta memberi kerjasama dan tidak mengganggu kelancaran tindakan yang akan dijalankan demi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.

“Sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang akan diambil tindakan mengikut peruntukan yang berkuat kuasa,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN