fbpx
PARA pemain Barcelona meraikan kejayaan mereka menjulang trofi Piala Super Sepanyol menewaskan Real awal pagi semalam. - AFP

Barcelona bukti status, tawan trofi pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JEDDAH – Barcelona merangkul trofi pertama musim ini apabila memenangi Piala Super Sepanyol selepas menewaskan Real Madrid 3-2 pada perlawanan akhir di Stadium King Abdullah Sport City awal pagi semalam.

Dua gol Raphinha serta satu daripada Robert Lewandowski memastikan The Catalans meleburkan ego musuh tradisi mereka itu yang terpaksa akur pulang dengan tangan kosong meskipun meledak dua jaringan menerusi Vinicius Junior dan Gonzalo Garcia.

Jurulatih Barcelona, Hansi Flick gembira dengan aksi dipamerkan barisan pemainnya selain menyifatkan pemain-pemain Barcelona menampilkan corak permainan sama seperti perancangan awal.

“Satu perlawanan yang sangat menarik dan Barcelona juga mempamerkan aksi terbaik. Perlawanan akhir menentang Real Madrid sentiasa menjadi aksi cukup penting dan kami bermain seperti dirancang.

“Saya bangga dengan aksi ditunjukkan pemain dan mereka layak untuk meraikannya. Kami menguasai sepenuhnya perlawanan hari ini (awal pagi semalam) dari segi penguasaan bola serta jumlah percubaan dilakukan,” katanya.

Pengendali dari Jerman itu turut menghamburkan pujian kepada Raphinha yang terus mempamerkan aksi konsisten, terutamanya menerusi jaringan dilakukan serta gerakan-gerakan ketika melakukan serangan.

“Dia memiliki mentaliti yang cukup hebat dan aksi dipamerkan mempengaruhi pasukan secara keseluruhan. Kami ada berdepan tekanan tetapi permainan yang ditunjukkan Raphinha membuatkan kami lega,” ujar Flick. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN