fbpx
Suasana di luar pekarangan Istana Bukit Kayangan, Shah Alam pagi ini. -Foto ISKANDAR SHAH MOHAMED/KOSMO!

Ternak babi: Izham menghadap Sultan Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Datuk Ir. Izham Hashim menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menyembah maklum berkaitan isu ternakan babi di Kuala Langat hari ini.

Beliau yang menaiki kenderaan rasmi kerajaan negeri tiba di Istana Bukit Kayangan di sini, kira-kira pukul 9.45 pagi.

Sidang media khas mengenai isu itu dijadualkan berlangsung di pejabatnya di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), pukul 2.30 petang ini.

Kelmarin, Sultan Sharafuddin tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan negeri yang membenarkan operasi ternakan babi di Tanjong Sepat sebelum dipindahkan ke Bukit Tagar.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari kemudian memaklumkan Izham akan membentangkan perincian keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) mengenai isu itu kepada baginda.

Khamis lalu, Izham mengumumkan langkah pematuhan 11 syarat diwajibkan sebelum sebarang permohonan lesen penternakan babi di Ladang Tumbuk diluluskan bagi memastikan isu sensitif itu ditangani secara berhemah dan menangani isu alam sekitar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN