fbpx
Ahli keluarga menyiram air mawar pada pusara Muhammad Zarif di Tanah Perkuburan Islam Batu Rakit, Kuala Nerus hari ini.

Jenazah Zarif selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA NERUS – Jenazah Muhamad Zarif Hazahari, 5, yang maut akibat lemas selepas ditarik ombak di Pantai Sauh selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Rakit, di sini sebentar tadi.

Upacara pengebumian anak kelima daripada enam beradik tersebut selesai pada pukul 2.15 petang.

Ibunya, Siti Hajar Ismail, 42, berkata, biarpun sedih kehilangan anak, dia bersyukur jasad Muhammad Zarif ditemui setelah lebih 32 jam hanyut di laut.

“Alhamdulillah, doa tanpa henti saya agar jasad anak saya (Muhammad Zarif) ditemui dimakbulkan Allah biarpun dalam keadaan sudah tidak bernyawa.

“Saya reda dengan ketentuan Allah. Terima kasih semua pihak yang berdoa dan membantu pencarian anak saya,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Batu Rakit, di sini hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan Muhammad Zarif yang sepatutnya mendaftar masuk ke prasekolah, hari ini ditarik ombak besar sewaktu mahu mencuci kaki di tepi Pantai Sauh pada pukul 6.32 petang kelmarin.

Sebelum itu, kanak-kanak itu bersama kakak dan dua sepupu lelaki sebaya dibawa ibu saudaranya bersiar-siar di pantai tersebut.

Mayat Muhammad Zarif ditemui terdampar di Pantai Mengabang Panjang di sini kira-kira enam kilometer dari lokasi kejadian pada pukul 3 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI