fbpx
PILIHAN pelakon Nad Zainal untuk membeli baju raya berharga bawah RM150 mendapat pujian ramai.

Bila Nad Zainal beli baju raya murah, ramai puji!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ZAMAN sekarang, nak beli baju raya perlu bijak, jangan terlalu ikut nafsu sebab harga boleh tahan cekik darah juga.

Rupa-rupanya ada juga yang sependapat dengan Diva iaitu Nad Zainal apabila dia berkongsi kepada umum harga baju rayanya tahun ini bawah RM100.

Kongsi Nad, dia mementingkan rekaan tetapi tidak kisah jenama dan harga mampu milik.

“Harga baju raya kena bawah RM150, kalau tidak ‘bye bye’.

“Paling penting lawa, jenama letak tepi.

“Tahun ini ada misi untuk mencari pakaian raya yang murah dan cantik sebab sekarang harga semua RM200, RM300 dan RM500 juga ada,” ujarnya.

Bagus juga misi begini dan perlu dijadikan contoh kepada kaum wanita lain. Tapi kalau berkemampuan nak beli yang mahal, tiada siapa menghalang.

DIVA: Ramai tak restu kalau Andy Teh bercinta dengan Chacha Maembong?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN