fbpx
Bekas kekasih Ameera Khan iaitu Jefri Nichol kini dikatakan rapat dengan pempengaruh sensasi, Jule.

Lepas putus cinta, Jefri Nichol kini terjerat cinta pempengaruh Jule?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon terkenal Indonesia, Jefri Nichol kini dikatakan terjerat cinta pempengaruh kontroversi, Jule apabila tular foto mereka berdua dirakam di Bali, Indonesia.

Foto serta video Jefri dan Jule kini kian viral dalam media sosial selepas disebarkan netizen yang mendakwa melihat mereka berhibur di sebuah kelab di pulau peranginan terkenal itu.

Apa yang mencuri perhatian ramai, Jule atau nama lengkapnya Julia Prastini kini dilihat tidak lagi memakai hijab dan berpenampilan seksi.

Ramai netizen terutamanya warga Indonesia kecewa melihat Jefri bersama Jule dan meluahkan rasa simpati terhadap Ameera yang pernah berpacaran dengan Jefri.

“Jefri benar-benar ‘downgrade’ daripada Ameera kepada Jule. Mereka berdua bagai langit dengan bumi,” komen netizen.

Sebelum ini, Jule pernah mencipta kontroversi di Indonesia apabila memilih untuk meninggalkan suaminya yang berbangsa Korea beserta tiga orang anak mereka demi lelaki lain.

Kemudian, dia sekali lagi menjadi tular gara-gara dikatakan menjadi orang ketiga dalam hubungan pempengaruh asal Malaysia, Aya Balqis dan atlet Must Thai, Yuka.

Jefri pula pernah menjadi perhatian netizen Indonesia dan Malaysia sewaktu menjalin hubungan cinta dengan Ameera. Namun hubungan mereka dikatakan sudah berakhir beberapa bulan lalu.

Ameera pula dikatakan sedang mengenali seorang lelaki berstatus VIP (golongan kenamaan) selepas berkongsi foto lelaki tersebut dalam Instagram. Namun, dia tidak mendedahkan wajah lelaki tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN