fbpx
Keadaan mangsa di pekarangan luar restoran makanan segera di Kuala Langat, malam tadi. (Gambar kecil: Tangkap layar kelonsong peluru dalam restoran tersebut)

Lelaki maut ditembak di restoran makanan segera 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LANGAT – Suasana di hadapan restoran makanan segera di sini, gempar apabila seorang lelaki maut ditembak, malam tadi.

Kejadian dikatakan berlaku pada pukul 10 malam dan difahamkan, mangsa sedang makan di restoran tersebut.

Insiden kejadian itu turut tular menerusi video di media sosial memaparkan kelongsong peluru dan keadaan mangsa yang terbaring di luar premis tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd. Akmalrizal Radzi memberitahu, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian tersebut dalam masa terdekat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI