JOHOR BAHRU – Kehilangan tangan kiri akibat kemalangan ngeri di lebuh raya lapan tahun lalu tidak mematahkan semangat seorang pemuda orang kelainan upaya (OKU) untuk bangkit meneruskan kehidupan sebagai penghantar makanan. Kemalangan ngeri yang berlaku pada 14 Mei 2017 itu meninggalkan parut mendalam dalam hidup Muhammad Ahmad Nabil Rosli, 26, apabila dia terlibat dalam nahas motosikal di Lebuh Raya Pantai Timur berhampiran susur keluar Bukit Besi-Ajil, Dungun, Terengganu selepas terlelap ketika menunggang seorang diri pada awal pagi. Lebih memilukan, ketika…














